Monday 8 October 2012

Lawatan ke Melaka.

 
        Pada 27. 10. 2012 seramai 30 orang kanak - kanak Prasekolah dan 6 orang guru telah mengikuti lawatan ke negeri bersejarah Melaka. Antara tempat yang dilawati ialah Taman Botanikal Melaka, River Cruise Melaka, Menara Taming Sari, Menorel Melaka, Muzium Kapal dan Kapal Selam.
        Murid - murid kelihatan sangat gembira sepanjang mengikuti lawatan yang diadakan. Tujuan lawatan ini diadakan ialah untuk memberi maklumat dan pendedahan baru kepada kanak - kanak tentang tumbuhan, perkembangan teknologi terkini dan maklumat berkaitan ketenteraan.
        Seronok yer anak - anak semua..tahun depan cikgu bawa adik - adik baru pulak mengikuti lawatan...agak- agak ke mana arah yang nak dituju tahun 2013...langkawi, Cameron Highland atau ke Fraser...rasa- rasanya tahun depan ke tempat - tempat jauh pulak...apa- apa pun duit mesti mencukupi  !!!!!!

Gambar kemudian yer...sibuk sangat dengan aktiviti - aktiviti terakhir sebelum penggal sekolah tahun ini berakhir......

No comments:

Post a Comment