Monday 8 October 2012

Lawatan ke Melaka.

 
        Pada 27. 10. 2012 seramai 30 orang kanak - kanak Prasekolah dan 6 orang guru telah mengikuti lawatan ke negeri bersejarah Melaka. Antara tempat yang dilawati ialah Taman Botanikal Melaka, River Cruise Melaka, Menara Taming Sari, Menorel Melaka, Muzium Kapal dan Kapal Selam.
        Murid - murid kelihatan sangat gembira sepanjang mengikuti lawatan yang diadakan. Tujuan lawatan ini diadakan ialah untuk memberi maklumat dan pendedahan baru kepada kanak - kanak tentang tumbuhan, perkembangan teknologi terkini dan maklumat berkaitan ketenteraan.
        Seronok yer anak - anak semua..tahun depan cikgu bawa adik - adik baru pulak mengikuti lawatan...agak- agak ke mana arah yang nak dituju tahun 2013...langkawi, Cameron Highland atau ke Fraser...rasa- rasanya tahun depan ke tempat - tempat jauh pulak...apa- apa pun duit mesti mencukupi  !!!!!!

Gambar kemudian yer...sibuk sangat dengan aktiviti - aktiviti terakhir sebelum penggal sekolah tahun ini berakhir......

Sunday 7 October 2012

Aktiviti menjual beli di Prasekolah



Kanak - kanak Prasekolah Delima Sk Panglima Adnan, Port Dickson sedang menjalankan aktiviti jual beli dengan menggunakan jeruk buah yang telah dibuat seminggu sebelum itu. Aktiviti ini dilaksanakan dengan jaya dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari kalangan kanak - kanak Prasekolah. Seronok Sungguh !!!!              
                                       

Aktiviti kanak - kanak Prasekolah 2012



Antara aktiviti yang dijalankan ialah membuat jeruk buah. Aktiviti ini dijalankan berbentuk projek dab dijalankan selama seminggu. ia bagi menguji rasa dan melihat perubahan warna buah yang telah dijeruk. Sangat seronok dan kanak - kanak tak sabar untuk menikmati hasilnya !!!!!!

KURSUS LAGI ERKK 2012

KURSUS PROFESIONALISME GURU PRASEKOLAH.....

7-9 Oktober 2012 telah diadakan kursus profesionalisme bagi guru prasekolah Negeri Sembilan di Vistana Hotel Kuala Lumpur. Seramai 20 orang  guru Prasekolah dari seluruh Negeri Sembilan telah hadir bagi mengikuti kursus ini. Harap - harap semua steady yer hingga ke hari terakhir...